Skip to main content

KELESTARIAN

Kelestarian di Universiti Sains Malaysia (USM) bermula sejak penubuhannya pada 1969. Secara umumnya, ekosfera di dalam kampus mempunyai elemen yang menyeluruh seperti udara, air, tanah, tenaga, manusia, perilaku kemanusiaan, hati dan qalbu. Integrasi dan sinergi kesemua elemen ini akan memastikan kelestarian kampus dapat direalisasikan pada jangka masa yang berkekalan. Sehubungan dengan itu, setiap individu mempunyai peranan untuk dimainkan melalui inisiatif kendiri, tindakan proaktif berpasukan dan kesukarelawanan melalui pembangunan lestari dalam kampus. Bagi memastikan kelestarian USM, Bahagian Kelestarian Kampus di bawah Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelastarian Institusi (TNC JIM&KI) menganjurkan konsep Pejabat Hijau/Desasiswa Hijau (GreenOffice/Green Desa) dengan melaksanakan audit kelestarian di seluruh kampus USM.

JAWATANKUASA KELESTARIAN

GARIS PANDUAN

POSTER

AKTIVITI

Program LITTLE WATER HEROES: AIR ITU KEHIDUPAN - TADIKA MINDEN, USM
Program Little Water Heroes: Air Itu Kehidupan merupakan satu inisiatif pendidikan komuniti yang dirangka bagi menyemai kesedaran awal terhadap kepentingan air serta membentuk amalan penggunaan sumber air secara berhemah dalam kalangan kanak-kanak sejak usia muda. Melalui pendekatan pembelajaran interaktif, kreatif dan berasaskan pengalaman, program ini diharap dapat memberi pendedahan awal kepada generasi muda tentang tanggungjawab menjaga sumber alam demi kelestarian masa hadapan. Walaupun dilaksanakan dengan peruntukan yang minimum, program ini mempunyai potensi besar untuk dikembangkan sebagai model pendidikan kelestarian awal yang boleh diperluaskan bukan sahaja di peringkat tadika dalam kampus, malah ke sekolah, komuniti setempat dan institusi pendidikan lain pada masa akan datang. Diharapkan program ini mendapat sokongan dan kelulusan pihak pengurusan bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya. Sehubungan itu, sokongan, kerjasama dan kelulusan daripada pihak pengurusan amatlah dihargai bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi impak positif kepada masyarakat dan agenda kelestarian universiti.