Skip to main content

FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2026

Dari Bilik Berita | USM

news.usm.my

|| 19 November 2026 ||

USM ANTARA EMPAT FINALIS HUAWEI ICT COMPETITION DI FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA

Pasukan Universiti Sains Malaysia (USM) yang dianggotai oleh Tan Xiang Huey, Gooi Hooi Qi dan Yang Ye mara ke peringkat akhir kebangsaan Huawei ICT Competition 2026–2027 Malaysia – Innovation Track. Ketiga-tiga mahasiswa Pusat Pengajian Sains Komputer itu mewakili USM dalam pertandingan yang diadakan sempena Festival Idea Putrajaya 2026.

USM menyertai tiga lagi pasukan finalis daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Multimedia University (MMU) dan IMU University. Sesi akhir kategori inovasi dijadualkan pada pukul 1.00 petang, 18 November, di Putra Hall B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

🖥️ Untuk berita penuh: https://usmofficial1969.com/4AHci58

Pusat Media & Perhubungan Awam (MPRC) https://mprc.usm.my