Digital Innovation Creativepreneur (DICE) 2026
Tahniah kepada Dr. Azman dan kedua-dua pasukan atas kejayaan meraih pingat emas dan perak di DICE 2026!
Pusat Pengajian Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Azman bin Ab Malik dan Muhammad Zulhafiz Zulhisham selaku mentor, serta semua ahli pasukan Empower Mom dan Zapin Verse atas kejayaan dalam Digital Innovation Creativepreneur (DICE) 2026.
🥈 Pingat Perak | Empower Mom | Kategori Reka Bentuk Perindustrian
Projek Development of a Talking Cane for the Blind Using Heritage Wood and Artificial Intelligence Technology
Ahli pasukan terdiri daripada Aveenath a/l Lai Devis, Ammar Adwa bin Mohd Radhi, Nur Maziah binti Shafie dan Koh Kean Hoe.
🥇 Pingat Emas | Zapin Verse | Kategori AR/VR/MR
Projek Zapin Training Using Virtual Reality Technology and Pre-Training Fitness Level Detection with the EmotiBit Sensor
Ahli pasukan terdiri daripada Muhammad Suhaimi bin Mohamad Shahudi, Al Rasyidiqy Muhammad Khathir, Naveen Kumar a/l E Gunasekaran dan Timothy Thomas.
Syabas kepada para mentor atas bimbingan yang diberikan dan kepada setiap ahli pasukan atas usaha dan komitmen sehingga meraih pengiktirafan ini!