Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024
Universiti Sains Malaysia (USM) dan USAINS Holding Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan HRD Corp dalam menjayakan Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024. Tema pada tahun ini adalah “Inspiring Malaysian Workforce Through Lifelong Learning”. Seramai 4 orang pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Komputer dilantik sebagai penyelaras dalam program ini.
Program ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia dan rakan kerjasama lain. NTW 2024 adalah minggu acara dan aktiviti latihan di seluruh negara yang menghimpunkan organisasi serta individu daripada pelbagai latar belakang dan industri untuk mengalami peluang pembelajaran dan pembangunan yang meluas. Program latihan merangkumi pelbagai topik dan bidang kemahiran merentasi lima (5) tumpuan; Kemahiran Hidup, Kemahiran Masa Depan, Kemahiran Kewangan, Kreativiti & Inovasi dan Pembangunan Mampan.
- Hits: 322